Kriteria Kolam Penternakan Ikan Tilapia
Bekalan air kolam adalah daripada mata air bukit yang sentiasa mengalir. Sistem inila yang membuatkan ikan-ikan tilapia sentiasa segar bila dimakan, tanpa bau hanyir. Pemakan ikan antara makanan semula jadi iaitu bentos, nekton, plankton, lumut atau tumbuhan air ataupun makanan tambahan iaitu dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:
- Memberi makanan
- Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
- Mengawal pemangsa
- Membuat catatan harian
Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
- Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
- Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment